AKTIVITI DAN PERLESENAN LADANG UNGGAS

     Salah satu cabang dalam pembangunan industri ternakan adalah perlesenan ladang unggas. Ini dilaksanakan dengan memastikan kesemua ladang ternakan unggas dikehendaki mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti berkaitan unggas. Pemegang lesen unggas atau pihak ladang tertakluk dibawah ‘Enekmen Penternakan Unggas 1997’ negeri Johor.

          Ladang-ladang ternakan unggas di Daerah Muar akan diperiksa secara berjadual oleh bahagian regulatori dimana setiap ladang diperiksa sekurang-kurang sekali dalam setahun agar semua ladang akur serta mematuhi peratuan yang telah ditetapkan dalam ‘enakmen memelihara unggas 1997’.

        Didalam daerah muar sahaja terdapat 50 buah ladang yang dibahagikan kepada 5 gred iaitu Gred A, Gred B, Gred C, Gred D dan Gred E.


      Terdapat peningkatan ketara peratus (%) gred ladang daripada gred d kepada gred C pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017. Ini adalah kerana pemeriksaan yang ketat secara berkala dilakukan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar keatas ladang-ladang unggas sekitar Daerah Muar bagi membendung atau mengawal ladang- ladang unggas yang sering menimbulkan aduan dan kacau ganggu keatas orang awam.



          Selain daripada itu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Muar juga sering mengadakan seminar kesedaran keatas pengusaha yang menjalankan aktiviti unggas bagi menggalakan daya usaha penternakan yang lebih produktiv dan mesra alam. Penerapan sistem teknolgi terkini juga membantu pengusaha ladang unggas ini dalam menjalankan pengurusan ladang yang lebih cekap serta efisyen selain mengurangkan aduan awam dan kacau ganggu kepada penduduk setempat