LATAR BELAKANG PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH MUAR



Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah mula beroperasi pada sekitar tahun 1930-an. Pejabat ini telah pun dikelolakan oleh seorang yang berpangkat Veterinary Inspector atau pun seorang Pegawai Haiwan diketika itu bernama En. Gopal. Pelbagai perkhidmatan diperkenalkan dimasa tersebut seperti pemeriksaan daging serta kawalan pergerakan ternakan. Hanya berbekalkan  seorang buruh sahaja yang ada serta dengan ketiadaan kemudahan kenderaan diketika itu tidak menghalang segala aktiviti seharian walaupun terpaksa menggunakan kenderaan persendirian demi menjalankan tugas yang digalas.

Semua perkhidmatan yang dijalankan tertumpu diketika itu berpusat di sebuah bangunan di tepi Sungai Muar.  Pada tahun 1958 yang pejabat telah dipindahkan ke satu kawasan pejabat yang baru terletak di Jalan Abdul Rahman dengan Jalan Joned sehingga tahun 1960. Selepas tahun tersebut sekali lagi Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah berpindah semula ke pejabat yang baru yang kini terletak di Jalan Ismail serta masih digunakan sehingga sekarang.

Pada tahun 1940-an, Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah diberikan penambahbaik dan ditadbir oleh seorang Penolong Pegawai Haiwan dibantu oleh seorang peon, seorang buruh dan seorang kerani. Walaupun mengalami kekurang kemudahan berbanding jabatan yang lain, segala aktiviti yang dijalankan sering mendapat pujian daripada pelanggan dan penduduk setempat. Walaupun pekerja yang ada terpaksa berbasikal namun amat bersemangat untuk memberi dan memenuhi kehendak pelanggan dalam memberi rawatan, suntikan kepada haiwan serta khidmat nasihat runding cara. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan baik walaupun tiada kemudahan seperti sekarang seperti landrover atau seumpamanya  diketika itu. Namum ianya menjadikan anggota diwaktu tersebut lebih berdisplin dan berinovatif terutama pekhidmatan yang dijalankan diketika itu memerlukan masa yang panjang memandangkan jarak perjalanan ke lokasi pelanggan adalah jauh.

Antara pekerja-pekerja terawal yang telah menabur bukti menyumbangkan bakti pada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar ketika itu adalah seperti En. Abbas Bin Bujal yang berkhidmata sebagai peon diketika itu, En. S. Veramutu sebagai pengawal keselamatan, Tn. Hj. Walid Bin Ali sebagai kerani. Sementara itu, ketua pejabat yang pernah memberikan perkhidmatan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar adalah seperti

1.      En. Gopal                                      ( 1930 - 1938 )
2.      En. N. Birchee                               ( 1938 - 1946 )
3.      En Sunday Tan                              ( 1946 - 1955 )
4.      En. Yacob Bin Hj. Ali                    ( 1955 - 1957 )
5.      En. Chia Phee Tatt                       ( 1957 - 1976 )
6.      En. Wahab Bin Hj. Hashim          ( 1976 - 1977 )
7.      Tn. Hj. Ibrahim Bin Mahmood     ( 1977 - 1994 )
8.      Tn. Hj. Ahmad Bin Delip              ( 1994 - 1988 )
9.      En. Borhan Bin Alias                    ( 1998 - 2009 )
10.    En. Zamari Bin Mohd Amin          ( 2009 - 2015 )
11.    Tn. Hj. Ahmad Azam Bin Yamen  ( 2015 Sehingga Sekarang )

Pada waktu penubuhan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar kawasan perkhidmatan yang diberikan merangkumi sekitar kawasan Muar dan Tangkak sehingga pada tahun 2009 bahawa Tangkak diistiharkan sebagai sebuah daerah dinamakan Daerah ledang dan terpisah daripada Daerah Muar serta mempunyai pentadbiranya sendiri. Kini Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar telah melebarkan perkhidmatan dan aktivitinya merangkumi pembangunan ternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri dan bagi bukan ruminan pula seperti babi, ayam, puyuh dan lain-lain. Selain daripada pada itu, perkhidmatan tambahan yang diberikan bagi membantu pencinta haiwan pula adalah menubuhkan Pusat Rawatan Haiwan berjadual adalah bertujuan memberikan perkhidmatan rawatan kepada pelanggan yang mempunyai haiwan kesayangan.