APA ITU PET PASSPORT ?



Di Malaysia, Pet Passport dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Haiwan 1953 (Semakan 2006). Pada ketika ini, projek ini hanya memfokuskan pendaftaran haiwan kesayangan seperti kucing, anjing dan kuda. Manakala Sistem Pendaftaran Pet Passport pula merupakan sistem pengkalan data kebangsaan di bawah Projek Malaysian Animal Traceability System (MATs).



HAIWAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN?
Kucing,  Anjing,  Arnab, Kuda

APAKAH FAEDAH DIPEROLEH MELALUI PENDAFTARAN PET PASSPORT?

Pemilik haiwan yang mendaftar haiwan mereka melalui Pet Passport akan peroleh faedah seperti
berikut.

     a) Mudah mengesan haiwan kesayangan mereka yang hilang.
    
    b) Pengesahan pemilik haiwan kesayangan melalui microchip yang ditanam dibawah 
        kulit haiwan.

    c)  Maklumat penting kesihatan haiwan kesayangan berada dalam satu buku sahaja      
        (Pet  Passport)

    d) Mudah mengawal penyakit sekiranya berlaku wabak. 

TUJUAN PET PASSPORT?

i.)  Memberi tanda pengenalan pada haiwan kesayangan.

    ii.  Membangunkan sistem pengkalan data haiwan kesayangan kebangsaan

    iii. Memperbaiki day jejak haiwan kesayangan..

   iv.  Meningkatkan pemilik haiwan kesayangan



    v.  Bertanggungjawab dan menjamin kebajikan haiwan kesayangan