AKTIVITI
TERKINI PEJABAT
[01 ogos 2018] KLUANG – Satu kursus
keselamatan pejabat telah dianjurkan Unit Latihan, Sokongan Dan Sumber
Manusia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Johor. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan dan Teknologi
Veterinar (PLTV) yang terletak di daerah Kluang
selama dua (2) hari pada 1hb hingga 2hb ogos 2018. Kursus ini telah
dihadiri oleh seramai 38 orang daripada seluruh Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah
dan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.
Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JPV Negeri Johor mengenai pengurusan keselamatan pejabat yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan peribadi. Pada hari pertama kursus, Encik Mohd Foudzli Bin Abdullah, Pengarah Negeri Johor telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif ancaman keselamatan di pejabat kerajaan. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan fizikal.
Pada hari kedua penyampaian ceramah
mengenai keselamatan dokuman oleh penceramah yang lain. Melalui ceramah ini,
para peserta didedahkan dengan pengurusan dokumen dari segi menerima,
memproses, menyimpan, menghantar,menilai dan melupus dokumen tersebut. Proses
pengelasan semula dan pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi turut di ajar
kepada para peserta.
Pada hari terakhir kursus, para
peserta telah didedahkan dengan Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif
keselamatan ICT dan keselamatan peribadi. Ia membantu para peserta untuk
memahami dengan lebih mendalam cara untuk meningkatkan kualiti keselamatan
peribadi selaras dengan undang-undang, pekeliling dan arahan kerajaan.
Di akhir kursus, para peserta turut
diberikan kajian kes untuk meningkatkan pemahaman para peserta. Kursus ini
tamat kira-kira jam 4.30 petang.