Apa itu Permanian Beradas / Artificial Insemination (AI) ?

           Permanian beradas adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu 

AI yang pertama dilakukan pada haiwan dan kemudian pada manusia. Prosedur AI ini dilakukan pada haiwan bermula semenjak abad keempat belas apabila orang Arab menggunakan kaedah ini  untuk pembiakan kuda. Penghujung tahun 1784, Lazarro Spallanzani adalah kali pertama menggunakan teknik ini untuk membiak anjing. Di London pada tahun 1793 , John Hunter merupakan saintis  yang pertama dilaporkan berjaya mencapai kehamilan manusia dengan menggunakan kaedah IUI.
Permainian beradas ini kian mendapat sambutan memandangkan ianya dapat menjimatkan kos dan dapat menghasilkan baka-baka yang bermutu. Waktu yang paling baik bagi AI dijalankan apabila ternakan betina menunjukkan tanda-tanda biang atau seperti mahu mengawan. Tanda-tanda biang tesebut adalah seperti kemaluan yang lembab dan keluar cecair lendir, bengkak serta kemerah-merahan. Sentiasa gelisah dan mengeluh dan berkelakuan pelik.

          


  Tempoh masa berahi bagi ternakan ini adalah dalam lingkungan 24 jam dan permanian perlu dilakukan dalam tempoh tersebut. Bagi kitaran biang bagi setiap lembu betina adalah dalam tempoh 21 hari jika ianya dalam keadaan sihat.