AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN SEKSYEN KESIHATAN VETERINAR

Seksyen kesihatan veterinar merupan salah satu daripada cabang perkhidmatan                 yang diberikan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar. Pelbagai aktiviti yang             dijalankan seperti.

i.   Rawatan kepada haiwan ternakan atau haiwan kesayangan
   ii.  Membuat saringan penyakit bagi mengesan status kesihatan ternakan
   iii.  Menjalankan survelan penyakit kepada terhadap ladang-ladan
  iv.   Memberikan khidmat runding cara berkaitan kesihatan haiwan ternakan dan 
         haiwankesayangan
   v.   Mengeluarkan permit bagi setiap


Rawatan Kepada Haiwan

Perkhidmatan rawatan kepada haiwan ternakan kian mendapat sambutan. Peningkatan ini dipacu oleh kesedaran orang ramai dan pengusaha berkaitan kepentingan mempunyai ternakan yang sihat dan bebas penyakit. Bagi pengusaha ternakan dengan mempunyai ternakan dan sihat ianya akan mengurangkan risiko kematian ternakan serta mengurangkan kos-kos ubatan yang diperlukan. Ianya juga dapat menghasilkan ternakan yang mempunyai score body yang tinggi seterusnya menjana keuntungan yang lebih berbanding dengan ternakan yang kurus dan berpenyakit.


Saringan Penyakit Ternakan

Progran saringan penyakit ternakan amat diperlukan dan dimesti dalam prosuder pemindahan ternakan sekarang. Program ini adalah perlu dijalankan terhadap ternakan bagi memastikan status ternakan yang dipelihara adalah bebas daripad sebarang penyakit berjangkit terutama yang boleh berjangkit kepada orang ramai. Dengan adanya pengesahan sah status penyakit ternakan tersebut, maka ini akan menambah kepercayaan pembeli ternakan bahawa ternakan yang dibeli rendah risiko dan bagi orang ramai punya amat penting bagi memastikan produk hasilan ternakan yang dimakan bebas daripada penyakit berjangkit.


Suvelan Di Ladang Ternakan

PVDM juga menjalankan survelan dan pemantaun terhadap ladang-ladang terutama ladang yang sering mempunyai status penyakit yang tinggi dan kerap. Pemantauan ini dilakukan dengan cara berkala bagi memastikan ladang-ladang ternakan berada di daerah Muar bebas penyakit dan seterusnya memastikan produk hasilan ternakan selamat untuk dimakan.


Khidmat Runding Cara

Dalam menjalankan pemantaun dan aktiviti diladang, seksyen kesihatan ternakan juga memberi khidmat runding cara kepada penternak sama secara langsung di ladang atau mereka hadir ke pejabat bagi menyatakan masalah mereka. Khidmat nasihat yang diberi seperti penjagaan kesihatan ternakan, perkara berkaitan kawalan penyakit berjangkit, program yang perlu dijalankan bagi mengesan status tahap kesihatan ternakan yang dipelihara, cara pemantauan kesihatan dengan cara yang betul dan pelbagai lagi khidmat runding cara yang diberikan agar industri ternakan akan terus berkembang maju.

Pemeriksaan Ternakan


PERMIT Pemindahan Ternakan

Selain daripada itu, seksyen kesihatan ternakan daerah juga bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan pemindahan ternakan. Ternakan yang hendaklah mempunyai kebenaran permit pemindahan yang sah dan mengikut prosuder yang telah diberikan oleh Jabatan perkhidmatan veterinar malaysia. Ini termasuk perkara.

Ø Ternakan yang hendak dipindahkan mestikan mempunyai keputusan status saringan penyakit yang disahkan bebas penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Ø Setiap ternakan yang dipindahkan hendaklah mempunyai tanda pengenalan atau tagging.

Ø Lori yang digunakan untuk pemindahan ternakan hendaklah telah di seal tag bagi memastikan ternakan tersebut tidak ditukar atau diturunkan dikawasan lain tanpa kebenaran pihak jabatan.

Ø Ternakan yang hendak dipindahkan hendaklah menyatakan dengan jelas tujuan ternakan dipindahkan dan lokasi penempatan ternakan tersebut.

Kegagalan pemohon memberi maklumat yang diperlukan boleh menyebabkan kelulusan permohonan TERHALANG atau sebarang pelanggaran syarat diatas boleh disabitkan satu kesalahan dibawah Akta Ordinan Binatang 1952.