SILA RUJUK BAHGAIAN INDUSTRI PVD DAERAH MUAR


PUSAT RAWATAN HAIWAN BERJADUAL (KLINIK VETERINAR)
_______________________________________________________________________________________________________________________

Waktu Operasi :

Ahad      :  9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
                   2.30 petang hingga 4.00 petang

Selasa    :  9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
                  2.30 petang hingga 4.00 petang

Khamis  :  9.30 pagi hingga 12.30 tengahari


Perkhidmatan Yang Disediakan.


   i)   Pemeriksaan kesihatan haiwan kesayangan

  ii)   Rawatan haiwan KECUALI yang melibatkan kes-kes berat

 iii)   Perkhidmatan pemandulan haiwan

Note : Penutupan pada hari Isnin dan Rabu bagi memberi ruang kepada 
             Program Kesihatan ternakan dilapangan seperti lembu, kambing, 
             unggas (ayam,puyuh dll).


PORGRAM KESIHATAN TERNAKAN DI LAPANGAN

Waktu Operasi :

Isnin      :   8.30 pagi hingga  5.00 petang
                   
Rabu      :   8.30 pagi hingga  5.00 petang



Perkhidmatan Yang diberikan :

i)              Program Kesihatan Ternakan
ii)           Ujian Saringan Penyakit Ternakan
iii)         Memberikan tanda pengenalan pada ternakan
iv)         Khidmat nasihat dan rundingcara secara hands-on (konsultasi)
v)            Rawatan pada ternakan
iv)   Pemberian vaksin pelalian kepada ternakan


Note : Program berdasarkan temujanji awal dan perkhidmatan yang  
              diberikan.




AKTIVITI TERKINI PEJABAT

[01 ogos 2018] KLUANGSatu kursus keselamatan pejabat telah dianjurkan Unit Latihan, Sokongan Dan Sumber Manusia,  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor. Kursus ini telah dijalankan di Pusat Latihan dan Teknologi Veterinar (PLTV) yang terletak di daerah Kluang  selama dua (2) hari pada 1hb hingga 2hb ogos 2018. Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 38 orang daripada seluruh Pejabat Perkhidmatan Veterinar daerah dan Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.


Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga JPV Negeri Johor mengenai pengurusan keselamatan pejabat yang merangkumi keselamatan fizikal, dokumen, ICT dan peribadi. Pada hari pertama kursus, Encik Mohd Foudzli Bin Abdullah, Pengarah Negeri Johor telah menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif ancaman keselamatan di pejabat kerajaan. Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan fizikal.


Pada hari kedua penyampaian ceramah mengenai keselamatan dokuman oleh penceramah yang lain. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan dengan pengurusan dokumen dari segi menerima, memproses, menyimpan, menghantar,menilai dan melupus dokumen tersebut. Proses pengelasan semula dan pengendalian Buku Daftar Rahsia Rasmi turut di ajar kepada para peserta.


Pada hari terakhir kursus, para peserta telah didedahkan dengan Pengurusan Keselamatan Pejabat dari perspektif keselamatan ICT dan keselamatan peribadi. Ia membantu para peserta untuk memahami dengan lebih mendalam cara untuk meningkatkan kualiti keselamatan peribadi selaras dengan undang-undang, pekeliling dan arahan kerajaan.

Di akhir kursus, para peserta turut diberikan kajian kes untuk meningkatkan pemahaman para peserta. Kursus ini tamat kira-kira jam 4.30 petang.






HUBUNGI KAMI
________________________________________________________________________________

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH MUAR
Jalan Ismail .
84000, Muar ,
Johor Darul Tak'zim

No. Tel   : 06 -9521058
No. Faks : 06-9530166
Emel       : pvdmuar@gmail.com
Aduan     : aduanpvdmuar@gmail.com



















E-PERMIT SEBAGAI LANGKAH KAWALAN DAYA JEJAK TERNAKAN


Sistem E-Permit 2 dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar pada 2008 dan mula digunakan seluruh negara pada April 2009. Pembangunan sistem ini bertujuan untuk mengawal penyakit haiwan dan sebagai mekanisme daya jejak penyakit, haiwan dan produk haiwan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Binatang 1953 dan Enakmen-Enakmen Negeri.

BAKA TERNAKAN LEMBU YANG TERDAPAT DI MALAYSIA



KEDAH KELANTAN (K-K)
Kacukan Komersial Australia (Australian Commercial Cross)
Kacukan Friesian-Sahiwal (Mafriwal)
Local Indian Dairy (LID)
Droughtmaster

Selain dari itu, beberapa baka lembu pedaging yang terkenal ada dipelihara di luar negeri, di antaranya ialah:

 Hereford,
Angus
Charolais
Shorthorn
Simmental

Baka-baka yang berpotensial untuk pengeluaran daging dari segi prestasi dan kemudahan mendapatkan bekalan di negara ini ialah :

Kacukan Komersial dari Australia Kacukan Friesian Sahiwal
Droughtmaster
Kacukan Pedaging KK
Kedah Kelantan
Brahman
Local Indian Dairy

Kacukan Komersial dari Australia (Australian Commercial Crosses)
Dihasilkan di Australia, hasil kacukan berbagai jenis lembu pedaging. Antara jenis-jenis yang terlibat ialah Brahman, Shorthorn dan Hereford. Lembu-lembu jantan muda dari baka ini mudah didapati dengan bilangan yang banyak, dan harga yang berpatutan.

Kacukan Friesian Sahiwal (Mafriwal)
Berwarna hitam kemerahan. Hasil kacukan antara betina jenis Friesian dan jantan jenis Sahiwal, dihasilkan di New Zealand dan Australia untuk dipelihara di Malaysia. Ia merupakan jenis duaguna yang sesuai bagi Malaysia.
Boleh mengeluarkan susu 1,500-2,000 kg. Purata berat anak semasa lahir 24 kg. dan berat matang ialah 360 kg. Purata kenaikan berat badan dalam lingkungan 0.37 kg. sehari.

Droughtmaster
Hasil kacukan Brahman dengan Shorthorn, berasal dari Utara Australia. Jenis lembu daging yang sesuai dengan negara tropika ini berwarna cokelat atau merah gelap. Matang bila mencapai umur purata 630 hari. Purata umur ketika beranak pertama ialah 918 hari. Berat mencapai lebih kurang 330 kg. apabila mencapai umur 2 tahun.

Kacukan Pedaging K-K
Baka ini dihasilkan dari kacukan lembu betina baka KK dengan baka-baka pedaging seperti Hereford, Charolais, Droughtmaster, Brahman dan Simmental. Pengkacukan tersebut dibuat dengan cara permanian beradas menggunakan air mani beku dari baka-baka pejantan bermutu yang diimport.

Kedah Kelantan (K-K)
Baka lembu tempatan yang amat sesuai di negara ini kerana sifatnya yang tahan jangkitan penyakit. Ia berbadan pejal dan mempunyai berbagai warna seperti perang hitam, cokelat atau kekuningan. Anak yang dilahirkan adalah kira-kira 14- 16 kg. Kenaikan berat badan kira-kira 0.4 kg. sehari sehingga mencapai umur 2 tahun dan berat matang adalah antara 200 - 250 kg. Daging dihasilkan kira-kira 45% daripada berat badan.

Brahman
Berasal dari India dan ditingkatkan mutunya di Amerika. Berat matang lebih kurang 520 kg. bagi betina, jantan mencapai 700-900 kg. Biasanya berwarna putih, mempunyai bonggol (hump) di belakang. Sesuai untuk kerja-kerja kasar dan boleh tahan cuaca panas. Menghasilkan daging yang bermutu dan banyak (400-450 kg.). Anak dilahirkan kira-kira 22-27 kg. tetapi cepat membesar.

Local Indian Dairy (L.l.D.)

Campuran jenis-jenis Kangayan x Hallikar x Ongole daripada India. Dianggap jenis tempatan, kerana ada yang bercampur dengan darah lembu KK. Jenis susu yang boleh juga disesuaikan dengan lembu daging. Lembu baka ini berwarna di antara keputihan kepada kehitaman dan kekuningan kepada cokelat gelap. Boleh hidup dalam keadaan rumput sederhana. Tahan kutu dan jangkitan penyakit. Berat matang ialah 280 kg. Anak yang dilahirkan ialah di antara 18- 20 kg. beratnya.

AKTIVITI DAN PERLESENAN LADANG UNGGAS

     Salah satu cabang dalam pembangunan industri ternakan adalah perlesenan ladang unggas. Ini dilaksanakan dengan memastikan kesemua ladang ternakan unggas dikehendaki mendapatkan lesen terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu aktiviti berkaitan unggas. Pemegang lesen unggas atau pihak ladang tertakluk dibawah ‘Enekmen Penternakan Unggas 1997’ negeri Johor.

          Ladang-ladang ternakan unggas di Daerah Muar akan diperiksa secara berjadual oleh bahagian regulatori dimana setiap ladang diperiksa sekurang-kurang sekali dalam setahun agar semua ladang akur serta mematuhi peratuan yang telah ditetapkan dalam ‘enakmen memelihara unggas 1997’.

        Didalam daerah muar sahaja terdapat 50 buah ladang yang dibahagikan kepada 5 gred iaitu Gred A, Gred B, Gred C, Gred D dan Gred E.


      Terdapat peningkatan ketara peratus (%) gred ladang daripada gred d kepada gred C pada tahun 2018 berbanding dengan tahun 2017. Ini adalah kerana pemeriksaan yang ketat secara berkala dilakukan oleh Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Muar keatas ladang-ladang unggas sekitar Daerah Muar bagi membendung atau mengawal ladang- ladang unggas yang sering menimbulkan aduan dan kacau ganggu keatas orang awam.



          Selain daripada itu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Muar juga sering mengadakan seminar kesedaran keatas pengusaha yang menjalankan aktiviti unggas bagi menggalakan daya usaha penternakan yang lebih produktiv dan mesra alam. Penerapan sistem teknolgi terkini juga membantu pengusaha ladang unggas ini dalam menjalankan pengurusan ladang yang lebih cekap serta efisyen selain mengurangkan aduan awam dan kacau ganggu kepada penduduk setempat

KEZALIMAN TERHADAP HAIWAN


Apa itu perbuatan menzalimi binatang;

ü  Gagal memberi makan dan minuman yang mencukupi kepada binatang dalam kurungan.

ü  Gagal menghantar binatang yang cedera, sakit atau luka untuk dirawat oleh Doktor Veterinar di Klinik Swasta atau Kerajaan.

ü  Dengan zalim memukul seekor binatang.

ü  Menyembur minyak panas atau air panas pada seekor kucing yang sedang mencari makan di dapur.

ü  Menanam atau membakar anak ayam secara hidup kerana harga pasaran anak ayam merosot.
ü  Menyembelih atau membunuh seekor binatang dengan cara yang zalim untuk menjadi makanan manusia.
ü  Perlawanan dan perjudian ayam sabung. 


  
Perbuatan menzalimi binatang adalah satu kesalahan di bawah seksyen 44(1)

   Apa itu binatang. Tafsiran "binatang" termasuk sebarang makluk hidup selain daripada seorang manusia dan termasuklah sebarang binatang, burung, ikan, reptilia atau serangga, sama ada liar atau jinak.

Tindakan penguatkuasa oleh;

Ø  Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dilantik secara bertulis di bawah seksyen 3, Ordinan Binatang 1953

Ø  Tindakan akan diambil dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima (tidak termasuk hari kelepasan mingguan dan kelepasan am).

Ø  Cara melapor atau memberi maklumat mengenai kejadian atau perbuatan menzalimi binatang.

Ø  Menghantar aduan kejadian atau perbuatan menzalimi binatang kepada Pengarah Penguatkuasa di Ibu Pejabat atau Ketua Cawangan/Unit Penguatkuasa di peringkat Negeri / Wilayah Persekutuan dengan.



Menghadir diri di pejabat;
Menelefon;
Menghantar e-mail; atau
Menulis surat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar,
Wisma Tani, Blok Podium
Lot 4G1, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya

Apa itu Permanian Beradas / Artificial Insemination (AI) ?

           Permanian beradas adalah satu cara buatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu 

AI yang pertama dilakukan pada haiwan dan kemudian pada manusia. Prosedur AI ini dilakukan pada haiwan bermula semenjak abad keempat belas apabila orang Arab menggunakan kaedah ini  untuk pembiakan kuda. Penghujung tahun 1784, Lazarro Spallanzani adalah kali pertama menggunakan teknik ini untuk membiak anjing. Di London pada tahun 1793 , John Hunter merupakan saintis  yang pertama dilaporkan berjaya mencapai kehamilan manusia dengan menggunakan kaedah IUI.
Permainian beradas ini kian mendapat sambutan memandangkan ianya dapat menjimatkan kos dan dapat menghasilkan baka-baka yang bermutu. Waktu yang paling baik bagi AI dijalankan apabila ternakan betina menunjukkan tanda-tanda biang atau seperti mahu mengawan. Tanda-tanda biang tesebut adalah seperti kemaluan yang lembab dan keluar cecair lendir, bengkak serta kemerah-merahan. Sentiasa gelisah dan mengeluh dan berkelakuan pelik.

          


  Tempoh masa berahi bagi ternakan ini adalah dalam lingkungan 24 jam dan permanian perlu dilakukan dalam tempoh tersebut. Bagi kitaran biang bagi setiap lembu betina adalah dalam tempoh 21 hari jika ianya dalam keadaan sihat.









RUMPUT NAPIER SEBAGAI SUMBER MAKANAN TERNAKAN



       
Sebelum ini, penternak memilih pelbagai jenis rumput yang mempunyai kadar protein agak rendah sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Kini penyelidik dan pakar pemakanan haiwan ternakan mendapati rumput napier adalah rumput terbaik diberikan kepada haiwan ternakan seperti lembu daging, lembu susu, kambing dan kambing susu. Ini kerana rumput napier selain tumbuh meliar di merata kawasan hutan kecil dan belukar tanpa mengira musim, juga mampu tumbuh sepanjang tahun. Jika ditanam secara ladang, ia senang tumbuh dan daya tumbuhnya cukup pesat, tidak bergantung kepada musim dan tidak memerlukan penjagaan. Bagi spesies rumput napier yang dibiak secara saintifik, terdapat tiga variasi rumput itu yang paling terkenal dan terbaik untuk ternakan ruminan iaitu Napier Taiwan, Napier India dan Napier Pakchong 1 Thailand. Daripada ketiga-tiganya, rumput hibrid Napier Pakchong 1 Thailand adalah yang terbaik setakat ini. Rumput tersebut mampu menghasilkan sehingga 200 peratus bekalan makanan haiwan kepada penternak berbanding dengan rumput napier jenis lain.

      Secara umumnya, rumput tersebut boleh ditanam dua hingga tiga kali setahun. Jika keluasan ladang berukuran satu hektar, rumput napier jenis biasa hanya mampu membekalkan makanan untuk 18 hingga 20 ekor lembu sahaja, manakala rumput Napier Pakchong 1 Thailand mampu membekalkan makanan untuk 30 ekor lembu. Selain itu, rumput Napier Pakchong 1 Thailand mampu menghasilkan makanan untuk haiwan ternakan antara 450 hingga 600 tan metrik sehektar berbanding dengan rumput napier lain yang hanya mampu menghasilkan antara 275 hingga 350 metrik tan rumput sahaja.

       Di sebalik kisah rumput Napier Pakchong 1 Thailand itu, sebenarnya ia adalah hasil penyelidikan seorang pakar pemakanan haiwan ternakan terkenal di negara Gajah Putih itu. Pakar yang dimaksudkan itu adalah Profesor Dr. Krailas Kiyothong yang bertugas di Jabatan Pembangunan Ternakan, Kementerian Pertanian Dan Koperasi Thailand. Beliau ditemui dalam satu siri Jelajah Pak Chong oleh sekumpulan 60 ahli Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia (GTR) yang berkunjung ke Thailand baru-baru ini, bagi mempelajari dan mendalami ilmu berkaitan pemakanan haiwan ternakan.

     Dalam kunjungan ke ladang rumput Napier Pakchong 1 di daerah Pak Chong dalam wilayah Nakhon Ratchasima, Dr. Krailas memberi penerangan berkaitan kebaikan dan kelebihan variasi rumput Napier Pakchong 1 Thailand hasil penyelidikannya. Kunjungan yang diketuai Timbalan Presiden GTR, Nordin Mat itu ternyata membuka mata ahli-ahli GTR yang merupakan penternak ruminan dari seluruh negara. Menurut Prof. Dr. Krailas, rumput Napier Pakcong 1 Thailand mempunyai jangka hayat yang lama iaitu lapan hingga sembilan tahun. Rumput tersebut tumbuh dengan akar yang dalam, selain kaya dengan nutrisi. Ketika musim kering, rumput tersebut hanya perlu disiram sekali dalam seminggu, selain amat sesuai untuk dibuat makanan haiwan dalam bentuk silaj. Daunnya pula kurang berduri yang boleh menyebabkan kegatalan berbanding dengan rumput napier lain. “Kami sedia bekerjasama dengan ahli-ahli GTR untuk membawa masuk kaedah penanaman rumput Napier Pakchong 1 Thailand ke Malaysia kerana rumput ini telah terbukti berjaya meningkatkan pengeluaran lembu daging dan juga susu oleh para penternak di daerah Pak Chong sejak beberapa tahun lalu”, jelas beliau ketika menyampaikan taklimat kepada ahli-ahli GTR di pejabatnya baru-baru ini. Prof. Dr. Krailas sebelum itu berjaya meyakinkan penternak lembu dan kambing di daerah Pak Chong, Thailand untuk mengembangkan penanaman rumput hibrid Napier Pakchong 1 Thailand hasil penyelidikannya. Dari situlah juga, nama rumput hibrid itu diberikan oleh Prof. Dr. Krailas di mana pusat penyelidikannya juga terletak di daerah Pak Chong.

      Bagi mempromosikan rumput tersebut, beliau telah menjelajah dari kampung ke kampung untuk menemui penternak dan mengagihkan sebatang keratan rumput Napier Pakchong 1 Thailand kepada setiap penternak di daerah berkenaan. Usaha Prof. Dr. Krailas itu ternyata berbaloi dan membuahkan hasil apabila penternak mula menanam rumput tersebut bermula secara kecil-kecilan dan akhirnya dalam bentuk ladang yang luas. Mereka sangat berpuas hati dengan hasilnya yang cepat tumbuh membiak, selain sangat berkhasiat kepada haiwan ternakan. Para penternak seolah-olah mendapat nafas baru dengan adanya rumput hibrid Napier Pakchong 1 Thailand hasil penyelidikan Prof. Dr. Krailas. Bagi Nordin pula, adalah menjadi hasrat GTR untuk mengembangkan lagi industri ternakan ruminan di negara ini.

    Ia boleh dilakukan menerusi pelbagai kaedah termasuk mengadakan jalinan kerjasama dengan penternak dan penyelidik dari negara-negara jiran seperti Thailand yang lebih maju dalam industri tersebut.
Nordin yang berpengalaman luas lebih 15 tahun dalam sektor penternakan, mempunyai hubungan baik dengan pelbagai pihak di luar negara termasuk di Australia, Indonesia, Thailand dan Pakistan. Beliau berhubung secara terus dengan Prof. Dr. Krailas untuk menjalin kerjasama dalam membantu ahli-ahli GTR mengembangkan dan memajukan lagi sektor ternakan yang diceburi.

     “GTR bukan sekadar sebuah kelab yang mengumpul para penternak ruminan untuk bersosial, sebaliknya kami juga merupakan pengusaha dan penternak tegar yang telah berikrar untuk memajukan lagi sektor ini,” jelas Nordin.


© Utusan Melayu (M) Bhd